Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus Connect on LinkedIn

‘Takti Baharu Pejuang Pembebasan Patani Bom kereta’ sebagai trend

Filed in Breaking news, Newsletter by on 17th August 2017 0 Comments • views: 694

IMG_4433

PATANI DARUSALAM:  17 Ogos 2017 – Letupan Bom kereta di Patani kemarin kini Penjajah musyrikin Thailand berdepan dengan kumpulan pejuang pembebasan yang dianggotai oleh generasi baharu di wilayah yang bergolak, tindakan mereka dilihat dilebih berani apabila menjadikan kenderaan yang dicuri sebagai ‘bom kereta’.

Perkembangan ini adalah berdasarkan kepada kejadian suspek kumpulan pejuang pembebasan  Patani menyerbu sebuah premis pengedar kereta di wilayah bergolak, sekali gus memaksa kawalan polis diketatkan ke tahap maksimum.

“Kami tahu nama kumpulan bertanggungjawab dalam insiden ini, ia merupakan sebuah kumpulan baharu terdiri daripada generasi muda,” kata Ketua Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Polis, Sakorn Thongmanee.

Pihak berkuasa telah me­ngarahkan semua kenderaan yang memasuki bandar di empat wilayah selatan supaya diperiksa termasuk motosikal.

Dalam kejadian berkenaan, polis penjajah Thailand berkata, sekumpulan lelaki bertindak memasuki sebuah kedai menjual kereta di wilayah Senggora (Songkhla) berhampiran sempadan dengan Malaysia dan melarikan kira-kira enam buah trak pikap.

Menurut portal Thai PBS, sebuah daripada kenderaan itu meletup di sebatang jalan di kawasan pedalaman berhampiran sempadan wilayah Patani, mencetuskan insiden berbalas tembak dan mencederakan empat anggota tentera.

Sementara bom kereta kedua meletup hari ini berhampiran kediaman polis di daerah Mayo, Patani dan merosakkan kira-kira 10 buah rumah.

Seorang pekerja pengedar kereta yang dijadikan sebagai tebusan ditembak mati oleh suspek.

Seorang daripada suspek turut terbunuh dalam kejadian itu.

Pejuang Pembebasan Patani selama puluhan tahun di empat wilayah terbabit telah menewaskan hampir 7.000 jiwa sejak ke­bangkitan masyarakat etnis Melayu melawan penjajah Thailand secara serius pada tahun 2004.

Sementara itu, pemerhati dan kum­pulan pe­man­tau 4 wilayah terbabit men­dakwa mereka melihat isyarat kegelisahan dalam kalangan ge­nerasi muda pembebasan.

“Ini mungkin mengubah taktik serangan mereka kerana pada masa lalu pihak penjajah Thailand telah menindas suspek kumpulan pejuang Pembebasan Patani dan pemuda-pemuda Melayu yang mereka syaki terlibat dengan ketara. – HAMP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *