Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus Connect on LinkedIn

HAMP kutuk Rejim Tentera Musyrikin Siam, atas kematian 2 suspek pejuang Pembebasan Patani

Filed in Breaking news, Newsletter by on 8th November 2017 0 Comments • views: 486

PATANI DARUSALAM: 8 Nov 2017 – Hak Asasi Manusia (HAMP) Kutuk sekeras-kerasnya terhadap Pasukan rejim tentera Ranger Penjajah Musyrikin Thailand yang telah menembak mati dua lelaki yang disangka suspek anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Patani dalam kejadian berbalas tembak kononnya di Kampung Chok Bo, Saiburi pada hari ini Rabu 8/11/2017.

 

Seharusnya mengepung sampai mereka menyerahkan diri, namun ketua tentera Ranger Kompeni ke-44 Saiburi,  Kol Phumipat Bunreangkhao melakukan tembakan keatas dua suspek pejuang Pembebasan Patani, kira-kira 30 tentera ranger yang lengkap dengan senjata berat melepaskan tembakan yang mengepung di sebuah rumah di kampung berkenaan mulai 4 pagi (waktu tempatan).

 

“Kepungan itu dilakukan selepas mendapat maklumat perisikan bahawa dua lelaki yang mempunyai waran tangkap bersembunyi di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

 

Pada jam 10 pagi, kononnya, berlaku tembak-menembak apabila ketua skuad berusaha memujuk kedua-dua suspek itu supaya menyerah diri menggunakan pembesar suara.

 

Setelah insiden tembak-menembak itu terhenti, menurut dia, anggota keselamatan menemui janazah Alias Dahamea, berusia 28 tahun dan Qaddafi Samasae, berusia 23 tahun serta dua pucuk pistol 9mm di sisi janazah kedua-dua lelaki itu.

Pihak berwenan tuduh kedua-dua suspek itu terlibat dalam insiden letupan bom pada 22 Sept lepas yang mengorbankan empat anggota tentera. –

Oleh Jabatan Penerangan PULO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *