Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus Connect on LinkedIn

TENTERA UPAHAN SIAM DIHANTUI

Filed in News, Newsletter, Uncategorised by on 5th April 2018 0 Comments • views: 456

PATANI DARUSALAM: 05 Apr 2018 – Renjer atau dikenali oleh masyarakat Patani dengan “Tentera Hitam” adalah angkatan tentera darat salah satu unit di bawah Angkatan tentera darat Thai. Diasaskan pada 18/7/1981 M. atas hasil pemikiran Jen. Chawalit Yongchaiyut. Pada asalnya renjer diambil dari banduan kes jinayah kemudian dibebaskan dalam tujuan membantras Parti komunis Thai (Por.Kor.Tor) dengan nama “Sua pran” (Tentera harimau hunter/pemburu). Manakala di Patani sekarang didaftar dari warga tempatan Melayu dan Siam yang ber- pendidikan rendah dan rendah pahaman agama, juga dari warga Siam penganggur dari wilayah utara dan timur laut (Siam lao) bertugas mengawal keselamatan, rondaan dan hubungan masyarakat. Yang mana mereka ini akan diambil alih tukas tentera propesional pada masa mendatang.

Mereka tidak dilatih tentera secara professional dengan latihan sebulan sahaja berbanding tentera lain yang menerima latihan selama 2 bulan 10 hari, setalah itu menerima kursus pembinaan dengan dise- lewingkan pemikiran bahawa Muslim Patani adalah pengganas, berpandangan negative terhadap agama Islam, membangkit sentiment kebencian dan pandang rendah terhadap Islam dan Muslim, dilengkapi senjata dan langsung ditugaskan dilapangan dengan bertindak ganas.

Setelah mendaftar masuk mereka deberi upahan yang sangat tidak lumayan dengan permulaan pangkat pertama hanya 4,630 bath hingga pangkat ketiga belas 8,040 bath, diberi elaun harian 63 bath tetapi duit elaun ini digunakan untuk belanja makanan harian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *