Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus Connect on LinkedIn

Laporan: HAMP Kecam Layanan Buruk Terhadap Etnis Melayu Patani

Filed in Breaking news, LINK, Newsletter by on 12th February 2019 • views: 200

PATANI  DARUSALAM: 12 Feb 2019 – Hak Asasi Manusia Patani (HAMP) mengecam layanan buruk Rejim tentera Siam Thailand terhadap etnik Melayu Patani dan menyifatkan kekejaman yang dilakukan sebagai tindakan paling tidak ada peri kemanusiaan.

Jurucakap HAMP,  yang tidak mahu di sebut namanya menyataan bahawa polisi asimilasi sistematik yang diterapkan kerajaan Siam Thailand terhadap etnik Melayu tersebut adalah tidak wajar dan melanggar hak asasi manusia.

Penindasan dan di anak tirikan terhadap etnik Melayu Patani, diantaranya ditahan tanpa sebab, diseksa dan diracun fikiran di pusat tumpuan dan tahanan bukan lagi menjadi satu rahsia.

“Manakala, etnik Melayu yang tidak ditahan turut terkesan dan diperas habis-habisan,”  tidak melakukan keadilan.

Rejim tentera penjajah telah menahan beribu-ribu pemuda Melayu Patani tanpa dibicarakan yang terbaru Imam Ahmad Arifin Yahya dari Kampong Sungai Baru daerah Binjai Lima (Jerang = Yarang) Patani masih di tahan reman di kamp tentera Telaga Bakong daerah Nongcik Patani.

Selain itu telah menahan murid-murid sekolah pondak di daerah Mayo Patani, dan guru wanita sekolah Melayu di kampong Sungai Baru Binjai Lima (Yarang-Jerang Patani, banyak lagi rejim tentera Siam melakukan kekejaman terhadap masyarakat Melayu Patani.

Patani Darusalam sejak di anek saksi oleh penjajah Musyrikin Siam Thailand, masyarakat Melayu Patani tanpa disedari senantiasa hidup dalam situasi dan kondisi dharurat tentera atau perintah berkurung yaitu dibawah rejim tentera hingga saat ini.- BLN/BG.

Comments are closed.